Rabu, 11 April 2018

Aku tahu KAMU tidak lupe...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...Masih diberi peluang untuk mencoret...

Semoga kamu sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.  Hanya kata-kata yang terindah ku pintakan di dalam doaku untuk kamu sekeluarga....Terima kasih untuk segala pahit manis yang pernah dilalui bersama..Terima kasih , terima kasih dan terima kasih...



Aku tahu KAMU tidak lupe.....
Dia yang paling bersemangat ingin membantu KAMU saat KAMU menyatakan hasrat untuk disatukan..

Aku tahu KAMU tidak lupe... 
Dia yang duduk disebelahmu, menenangkanmu sambil mengusap belakangmu saat KAMU sedang berdepan dengan hari pentingmu (AkadMu)

Aku tahu KAMU tidak lupe...
Dia yang tidak malu berbicara dengan tok kadi supaya meringankan soalan2 kepada kamu kerana dia tahu keadaan diri kamu.. 

Aku tahu KAMU tidak lupe...
Dialah orang yang menarik nafas lega saat Kamu telah sah disatukan...

Dia amat bersyukur kerana ada yang sudi menerima diri kamu seadaanya..
Terima kasih kepada isterimu kerana jaga kamu untuk Kami.....Kami hanya memegang amanah arwah ibu kami... untuk menjaga kamu sehinggalah kamu menikahinya..


Aku sendiri tidak lupe betapa pada raut wajahnya Dia sangat gembira segalanya dipermudahkan..
Sujud Syukur......

Aku tahu KAMU tidak lupe...

Terima Kasih kerana Kamu Tidak Lupe....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan