Isnin, 15 Januari 2018

Al Fatihah Untuk Abah

Assalamualaikum....

"Ayah adalah satu satunya lelaki yang tidak akan pernah melukai hati putrinya, dan kasih sayangnya  tak akan dapat terjelaskan dengan kata-kata..."

Semalam 14hb Januari adalah hari lahir ABAH.. 14 tahun dah meninggalkan kami....😭😭😭

Terima kasih ABAH...
Buat semua perjuangan, semua kebaikan, semua nasihat yang telah abah berikan untuk kami sekeluarga..Semoga abah tenang dan berada ditempat yang paling indah berada di sisiNya

Al - Fatihah

بِسْـــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِاٌلرَّØ­ِÙŠْـــمِ

Ø£ٌلحَÙ…ْدُÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِ اٌÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ * اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ * Ù…َÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ اٌلدِّÙŠْÙ†ِ * Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُÙˆْدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ * Ø¥ٌÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَØ·َ اٌÙ„ْÙ…ُسْتَÙ‚ِÙŠْÙ…ُ * صِرَØ·َ اٌÙ„َّذِÙŠْÙ†َ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِّÙ…ْ غَÙŠْرِاٌÙ„ْÙ…َغْضُبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ اٌلضَّآلِّينَ * آمِـــــــــين

Jumaat, 9 Jun 2017

~Pasrah Segalanya~

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
 
 Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
 

Khamis, 11 Mei 2017

Pemberian Bunga Dari Si kecil

Assalamualaikum..Alhamdulillah...

Rasanya dah lama blog ni bersarang...Tiba-tiba rasa rindu pulak enot nak berblog kembali..Alhamdulillah Tuhan masih izinkan enot untuk berblog. Hari ni enot nak cerita ckit pasal pemberian bunga dari sekecil.

Pada 3 May 2017 yang lalu enot telah dikejutkan dengan hadiah bunga dari Si kecil..Perbualannya lebih kurang macam ni....

Anak: Ibu, ni hadiah bunga untuk ibu..(Sambil Si kecil tersengih sengih)
Ibu: Mana Ica dapat bunga ni?
Anak: Saya beli kat sekolah lah ibu..
Ibu: Kenapa membazir n??.Kan ibu dan Daddy dah pesan duit belanja yang ibu bagi tu untuk beli makanan kat sekolah.
Anak: Tapi saya beli bunga ini untuk Ibu.
Ibu: Kenapa pulak beli untuk ibu ni?
Anak: Sebab saya nak minta maaf dengan ibu.
Ibu: Kenapa pulak nak minta maaf?
Anak: Sebab saya selalu nakal dan tak dengar cakap ibu..
Ibu: Terdiam seketika dan tak tahu nak kata apa..
Ibu...Hmmm..Baiklah..terima kasih ye anak ibu. Ibu dah lama memaafkan anak ibu ni. Ibu pun minta maaf sebab banyak buat salah dengan anak ibu ni ye..(Sedih seketika)..Maafkan ibu ye..

Maka nota ini untuk anak ibu:

Jangan pernah rasa malu memohon maaf dan jangan pernah rasa jemu memaafkan orang lain ye nak. Kadang kite tak sedar kesilapan sendiri tapi Allah hadirkan seseorang sebagai utusan/perantaraan untuk beri teguran di atas kesilapan kite.. Maka kite perlu terus belajar dan berusaha perbaiki diri. Kalau kite telah meminta maaf dan menjelaskan keadaan tapi orang tak dapat terima penjelasan kita..Maka biarkanlah dia. Sekurang-kurangnya kite berani bercakap jujur dengan meminta maaf. Sama ada orang lain sedar kesilapan dia atau tidak itu bukan urusan kite..Itu adalah urusan Allah S.W.T. Yang penting kita sentiasa memohon maaf dan memaafkan......

Selasa, 28 Oktober 2014

Kontrol Marah.......

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan kita pasti kita pernah rasa marah kan...Kadang-kadang bila balik keje kita pasti akan marah pada anak-anak atau orang sekeliling kita. Lebih-lebih lagi bila kita balik dengan keadaan penat. Rumah pulak macam tongkang pecah. Apa lagi naik hantu lah......

Tapi, macam mana kita nak kontrol marah kita ni kan??

Ok. Enot tak tahulah macam mana cara kawan-kawan.....Tapi, kalau enot selalunya selepas solat Asar Enot akan akan berdoa agar dilembutkan hati dan lidah enot apabila sampai rumah nanti. Sepanjang perjalanan nak balik rumah tu enot akan banyakkan istighfar. Sampai di pintu rumah enot akan ucapkan Bismillah 3 kali, kemudian beri salam serta senyum. Pastikan senyum 10 saat. Walaupun mula-mula tu enot rasa macam terpaksa tapi Insya Allah lama kelamaan enot terbiasa...

Alhamdulillah setakat ni menjadi pada enot. Enot akan cepat cool dan tak marah-marah...Kalau kawan-kawan nak cuba pun bole juga... Tak salah kalau mencuba selagi kita berusaha......

Ok kawan-kawan.....da da da........

Jumaat, 24 Oktober 2014

Memaafkannya dalam doa...

Assalamualaikum..



Ye...Benar....kita sebagai manusia pasti ada terkecil hati pada sape-sape..Enot pernah dengar :



 "Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"



Ayat di atas ibarat kita tidak redha dengan ujian Allah maka  kita berdosa..Setiap orang yang mengecilkan hati orang lain adalah ujian daripada Allah.  Maka kita perlu terimanya dengan redha...



Alhamdulillah sekrang enot telah faham..



Jadi, setiap hari kita perlu memaafkan orang yang pernah mengecilkan hati kita..Setiap hari lepas solat fardu maka kita maafkan mereka..Doa yang terbaik untuk mereka...Insya Allah kita akan lupakan kemarahan kita.



Alhamdulillah itulah yang dilakukan oleh enot setiap hari. Biar pun orang tersebut mengulanginya enot tetap memaafkannya...

Subhanallah...Alhamdulillah...Jiwa enot tenang.....



Semoga ketenangan ini akan berterusan sampai bila-bila......Amin...











Khamis, 21 Ogos 2014

Nak share - Tanyalah ustazah by prof Muhaya

Ok..Betul dan betul semuanya... (Untuk diri sendiri dan dikongsi bersama)...


  • Jumpa orang tua kita kena hormat sebab ibadat dia lebih dari kita...


  • Jumpa orang muda kita kena hormat sebab kurang dosa dari kita..


  • Jumpa orang bukan Islam kita kena hormat sebab kalau dia peluk Islam hapus segala dosanya..


  • Jumpa orang buat maksiat kita kena hormat, jangan mengata atau memandang rendah sebab mereka yang buat maksiat ni takde ilmu agama but kita yang berilmu tau yang mengata tu berdosa dan memandang rendah kat orang tu berdosa...


  • Muka ahli syurga sentiasa tenang jadi dari sekarang kita kena sentiasa kelihatan pleasant


  • Setiap hari kita tengok dan perhatikan orang, kita lupa tengok muka kita sendiri dan lupa tengok aib diri sendiri..jadi kita kena sibuk perhatikan diri kita sendiri ..dah cukup ke ibadah kita, elok ke perangai kita..bila kita sibuk perbaiki diri sendiri, kita takkan ada masa nak cari aib orang lain..


  • orang yang tak suka diri sendiri dia akan sentiasa tak suka kat orang lain dan cari fault orang..


  • orang yang tak boleh maafkan orang lain sebenarnya ada racun dalam hati dan ada penyakit hati..


  • Kena selalu tengok ke atas bermakna kita ingat hidup kita bergantung kepada Allah, kemudian tengok ke depan iaitu terus bergerak ke depan untuk perbaiki diri dan last tengok dalam diri kita sendiri, check diri kita ini sudah cukup sempurna ke kalau nak look down orang keliling kita..


  • jangan terlalu banyak ketawa besar kerana hati akan jadi keras untuk buat kebaikan.


  • kalau berat nak melakukan ibadah check balik pemakanan kita. Ada tak kita makan benda2 haram atau rezeki yang kita bawa balik ke rumah sumber2 haram.


Moga ilmu yang dikongsi ni dapat perbaiki diri kita serba sedikit..

Rabu, 20 Ogos 2014

Assalamualaikum...

Assalamualaikum..Selamat datang dunia enot yang baru..Have a nice day friends....