Assalamualaikum..
Dalam kehidupan kita pasti kita pernah rasa marah kan...Kadang-kadang bila balik keje kita pasti akan marah pada anak-anak atau orang sekeliling kita. Lebih-lebih lagi bila kita balik dengan keadaan penat. Rumah pulak macam tongkang pecah. Apa lagi naik hantu lah......
Tapi, macam mana kita nak kontrol marah kita ni kan??
Ok. Enot tak tahulah macam mana cara kawan-kawan.....Tapi, kalau enot selalunya selepas solat Asar Enot akan akan berdoa agar dilembutkan hati dan lidah enot apabila sampai rumah nanti. Sepanjang perjalanan nak balik rumah tu enot akan banyakkan istighfar. Sampai di pintu rumah enot akan ucapkan Bismillah 3 kali, kemudian beri salam serta senyum. Pastikan senyum 10 saat. Walaupun mula-mula tu enot rasa macam terpaksa tapi Insya Allah lama kelamaan enot terbiasa...
Alhamdulillah setakat ni menjadi pada enot. Enot akan cepat cool dan tak marah-marah...Kalau kawan-kawan nak cuba pun bole juga... Tak salah kalau mencuba selagi kita berusaha......
Ok kawan-kawan.....da da da........